Monday, August 30, 2010

Minggu 7 :Jurnal Refleksi

Salam Sejahtera. Minggu ini adalah minggu ke 7 dan merupakan minggu pertama untuk membuat pembentangan. Dalam minggu ini, terdapat 2 kumpulan yang membentang iaitu tajuk keroncong dan tajuk kuda kepang.

Kumpulan pertama iaitu keroncong membuat pembentangan yang menarik dengan memberi contoh alat muzik yang sebenar seperti cuk, cak , double bass serta cara permainannya. Mereka juga menjelaskan perbezaan antara semua alat muzik ini. Kumpulan ini bernasib baik kerana memilih keroncong kerana mereka boleh membuat kerja lapangan di UPSI sahaja kerana Fakulti Muzik dan Seni Persembahan mempunyai sekumpulan pelajar yang mahir dalam keroncong malah popular dalam bidang ini. Mereka telah menunjukkan cara permainan dan contoh persembahan keroncong. Walaubagaimanapun, rakaman yang telah ditayangkan itu tidak jelas, terdapat gangguan daripada luar seperti bunyi percakapan orng lain serta tidak berapa jelas suara rakaman.

Kumpulan kedua iaitu kuda kepang. Saya amat berminat terhadap tajuk ini kerana seni muzik ini mempunyai keunikkannya dan banyak pantang larang yang per dipatuhi. Kumpulan ini telah berjaya mencari sasaran kerja lapangan yang sesuai iaitu seorang pemain kuda kepang yang berpengalaman iaitu ayah kepada salah seorang pembentang hari ini. Beliau menjelaskan cara permainan dan alat muzik yang terdapat dalam kuda kepang. Walaupun demikian, beliau tidak menjelaskan secara teliti setiap perbezaan alat tersebut dan kualiti rakaman juga tidak berapa bagus.

Secara keseluruhannya, kedua-dua kmpulan ini telah meletakkan satu garisan yang tinggi kepada pembentang seterusnya dan saya amat berminat untuk pembentangan seterusnya iaitu menora yang jarang didengari.

Syabas kepada semua pembentang minggu ke 7!!

2 comments:

SMP2252 Holoahshin on August 30, 2010 at 11:15 PM said...

hahaha.... saya stuju pada Levia tentang Kumpulan Fika. Mereka amat bertuah dan nasib baik sebab faculty mempunyai kempulan keroncong.

SMP2252 SALWA on August 31, 2010 at 10:28 PM said...

bagus

Post a Comment

 

SMT2252 Liew Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template