Saturday, October 30, 2010

Minggu 13 : Jurnal Refleksi

Salam Sejahtera kepada semua warga SMP 2252. Jurnal refleksi ini merupakan jurnal yang terakhir untuk kursus ini. Dalam minggu yang terakhir ini, tajuk yang terakhir adalah Tarian Singa!

Sebagai seorang warga Cina, sudah tentunya saya pernah melihat tarian ini dan ia menjadi satu tradisi kepada kita semasa perayaan atau sebarang peristiwa yang meriah. Dalam sepanjang pengetahuan saya, tarian ini amat meriah dan disambut baik oleh setiap bangsa cina. Saya juga pernah melihat cara-cara pelatih dalam tarian ini dilatih kerana semasa saya tinggal di Johor, kampung saya juga mempunyai satu persatuan yang melatih tarian sing untuk pertandingan. Jurulatih berkata, dalam tarian ini kerjasama antara pelatih dan daya keseimbangan pelatih amat penting. Ini adalah kerana dalam pertandingan, dua pelatih perlu bersatu untuk menari satu singa dan mereka perlu memanjat tiang-tiang yang tinggi sambil menari tarian singa. Maka tanpa keseimbangan dan kerjasama yang kuat antara pelatih tidak dapat menghasilkan satu persembahan yang baik.

Kini, saya amat gembira di mana tarian singa yang menjadi lambang bangsa cina juga telah diterima oleh bangsa-bangsa lain seperti mana kita juga mula memain caklempong, gamelan yang merupakan tradisi bangsa melayu. Ini melambangkan bahawa bangsa-bangsa Malaysia telah mencapai kesatuan yang masih tidak dapat dicapai oleh negara-negara maju yang lain. Inilah menjadi kebanggaan negara kita, Malaysia.

Dalam kursus ini, pensyarah kita iaitu En Amran telah membuat satu sistem pembelajaran yang baru iaitu penggunaan blog dalam sistem pengajaran dan pembelajaran.

Beliau telah membuat satu kumpulan SMP 2252 dalam 'Facebook' dan meminta setiap ahli SMP 2252 membuka satu blog individu. Setiap ujian dan nota kuliah akan dimuatturun dalam blog-blog ini. Semasa permulaan kursus, kebanyakkan daripada kita tidak tahu cara untuk membuat satu blog dan cara untuk 'mencantikkan' blog kita. Bimbingan telah diberi secara individu kepada semua pelajar.

Kandungan kursus juga amat padat tetapi pada pendapat saya, ia terlalu padat untuk pelajar yang baru mendalami seni muzik tradisional ini seperti saya kerana kita baru sahajar mula membelajari satu tajuk yang baru setiap minggu tetapi selepas satu minggu kita akan mula lupa dan akan mencampuradukkan setiap kandungan tajuk yang berlainan.

Kursus ini telah memberi satu ruang yang luas kepada kita dalam kemahiran berfikir di mana kita perlu membuat jurnal refleksi setiap minggu dan ini secara tidak langsung telah memberi peluang kepada kita untuk berfikir dan membuat keputusan terhadap setiap pembentangan dan pengajaran.

Interaksi antara ahli pula tidak berapa baik dalam blog kerana sepanjang kursus ini, pelajar juga perlu membuat assignmet kursus lain dan pelajar muzik perlu bersiap sedia untuk konvokesyen maka adalah kurang masa untuk kita membuat komen atau memberi pandangan kepada setiap ahli dalam blog.

Cara pengajaran pensyarah amat baik dalam kelas. Beliau akan menayangkan beberapa video berkiatan dengan tajuk yang akan dibentangkan untuk menarik perhatian kita dan beliau akan sentiasa menekan kepada beberapa point yang penting semasa pengajaran. Tetapi pada pendapat saya, sepanjang pengajaran beliau, terlalu banyak percakapan atau reaksi yang tidak beberapa bernas daripada pelajar. Dan ini menganggu pengajaran beliau dan ada kala kelas menjadi terlalu bising dan ini adalah amat sukar untuk pelajar yang di bahagian belakang kelas untuk mendengar penagran pensyarah.

Pembentangan kumpulan secara keseluruhannya baik dan ini memberi peluang kepada pelajar untuk membuat kerja lapangan di luar kampus dan mendapat pengalaman yang berlainan.

Akhir sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kita, En Amran dan Prof Madya Dr Hassan Bin Abdullah sepanjang kursus ini serta kerjasama yang diberi oleh semua warga SMP 2252. Semoga kita semua mendapat keputusan yang baik dalam kursus ini.
Sekian Terima Kasih.
Teruskan Membaca...

Monday, October 25, 2010

Minggu 12 :Jurnal Refleksi

Salam Sejahtera.... Dalam refleksi minggu ke 13 ini, minggu ini kuliah yang telah dibincangkan adalah tajuk Gendang 24 musim. Sebenarnya, saya telah mempunyai pendekatan dalam tajuk ini semasa sekolah menengah. Dalam ingatan saya, bunyi gendang yang dimainkan adalah sangat menarik dan diisi dengan pergerakan pemain-pemain gendang.

En Amran telah menerangkan kepada kita sejarah, cara permainan gendang, makna-makna nama Gendang 24 Musim dan lain-lain lagi. Sebelum pengajaran, En telah memberi pendekatan kepada kita dengan menayangkan beberapa video persembahan gendang 24 musim.

Gendang ini adalah sejenis seni muzik yang diasas oleh bangsa cina di Malaysia. Ini menjadikan saya amat bangga sebagai seorang warga malaysia cina. Sejenis seni muzik yang baru adalah tidak senang untuk diterima oleh masyarakat. Pengasas muzik ini telah mendapat pingat negara yang menlambangkan sumbangan beliau dalam bidang kesenian

Saya amat berminat dalam tajuk ini dan berharap berpeluang untuk bermain dalam gendang 24 musim ini kelak.

Sekian, Terima Kasih
Teruskan Membaca...

Monday, October 11, 2010

Minggu 11 :Jurnal Refleksi

Minggu ini adalah minggu yang terakhir di mana kumpulan terakhir akan membentang tentang Wayang Kulit. Kumpulan ini telah membuat kerja lapangan mereka di Aswara.

Pada permulaan pembentangan, kumpulan ini telah membuat satu persembahan wayang kulit di dalam kelas. Walaupun dengan alat muzik yang sekadar ada, tetapi ia telah memberi satu rangka tentang bagaimana wayang kulit dijalankan. Saya tidak berapa faham akan apa yang diceritakan dalam wayang kulit tersebut tetapi saya amat berminat tentang cara persembahaan tok dalang yang merupakan pelajar muzik sem3 di UPSI.

Selepas itu, pembentangan di mulakan. Dalam minggu ke 4, En Amran telah menjelaskan kepada kita tentang serba sedikit dalam wayang kulit tetapi dalam pembenntangan ini, penjelasan yang lebih teliti telah diberi dan ciri-ciri khas dalam muzik tradisional ini juga amat menarik. Tetapi pada pendapat saya, kumpulan ini telah mengambil terlalu banyak masa dalam pembentangan sehingga terdapat segelitir pelajar mula tidak sabar dan jemu dalam kelas.

Walaubagaimanapun, syabas kepada kumpulan wayang kulit yang telah memberi satu pembentangan yang menarik.
Teruskan Membaca...

Monday, October 4, 2010

Minggu 10 :Jurnal Refleksi

Salam sejahtera kepada semua ahli SMP 2252. Pada minggu ini, kumpulan saya iaitu kumpulan nobat serta kumpulan yang lagi satu iaitu kumpulan orkestra cina telah membuat pembentangan. Kumpulan tersebut telah membuat kajian lapangan di sebuah persatuan di Cheras yang mempunyai banyak alat-alat orkestra cina yang masih belum saya jumpai walaupun saya adalah berbangsa cina. Saya berpendapat ramai ahli amat berminat terhadap tajuk orkestra cina ini dan mereka sentiasa bertanya soalan kepada ahli-ahli pembentang.

Pada minggu 11, kumpulan wayang kulit akan membentang pula, dan saya menunggu untuk mendapat lebih banyak pengetahuan dalam muzik wayang kulit yang menjadi pengetahuan umum sejak dahulu lagi.
Teruskan Membaca...

Sunday, September 26, 2010

Minggu 9 :Jurnal Refleksi

Salam Sejahtera. Dalam minggu ke 9 ini adalah minggu pertama selepas cuti hari raya dan tajuk yang akan dibincangkan itu adalah tajuk Mak Yung. Sebelum pembentangan dibuat, dekan fakulti muzik dan seni persembahan, Prof Madya Dr Hassan serta beberapa pemuzik tealh membuat demo tentang cara bermain alat-alat seperti rebaba, serunai, gong dan lain-lain. Sebelum ini, saya hanya mendapat pengetahuan daripada video dan tidak tahu bunyi sebenar cara persembahan alat-alat ini. Melalui peluang ini, saya lebih mendekati alat-alat ini dan membezakan setiap keunikkan mereka.

Selepas itu, dekan telah memberi sedikit ceramah tentang pengalamannya semasa bermain muzik tradisional di luar negara dan ini menambah minat kita untuk mengetahuinya. Ceramah ini mengambil masa kira-kira setengah jam lebih sebelum pembentangan Mak yung.

Pembentangan Mak Yung kali ini dianggotai oleh semua bangsa cina dan seorang bumiputra sabah. Mereka berjaya menarik perhatian kita dengan memulakan pembentangan dengan demo tarian menghadap rebab dan meminta kita semua untuk mengikuti pergerakkan mereka. Tetapi oleh kerana kesuntukkan masa, pembentangan mereka lebih ringkas tetapi mereka cuba untuk menekankan kepada point-point yang penting. Bahasa komunikasi juga tidak berapa lancar tetapi segalanya amat menarik dan lengkap.

Syabas kumpulan MaK yung. Minggu ke 10 adalah pembentangan kumpulan saya iaitu tajuk Nobat, saya berharap segala berjalan dengan lancar.
Teruskan Membaca...

Tuesday, September 7, 2010

Minggu 8 : Jurnal Refleksi

Selamat Hari Raya kepada semua rakan-rakan SMP 2252 dan pensyarah saya. Minggu ini adalah minggu yang terakhir sebelum cuti hari raya. Dalam minggu ini, kebanyakkan rakan telah pulang ke kampung untuk sambutan hari raya tetapi tajuk yang hendak dibentangkan adalah tajuk yang amat menarik yang jarang didengari iaitu MENORA. Sebelum pembentangan ini, saya tidak tahu langsung mengenai muzik seni ini dan ini merupakan kali pertama untuk saya mengenali apa itu menora.

Ahli-ahli kumpulan kali ini amat berusaha dan mereka telah menghasilkan satu lakonan yang dilakonkan oleh mereka mengenai menora. Lakonan ini telah berjaya menarik perhatian pelajar dan merupakan satu cara yang baik untuk menperkenalkan tajuk menora.Cara pembentangan kumpulan ini menarik dan tidak membosankan. Mereka telah menjelaskan tajuk ini dengan jelas dan teliti.

Selepas pembentangan ini, saya telah medapat serba sedikit pengetahuan tentang menora dan berharap pembentangan yang seterusnya juga akan lebih menarik.

Selamat Hari Raya dan Selamat Bercuti
Teruskan Membaca...

Monday, August 30, 2010

Minggu 7 :Jurnal Refleksi

Salam Sejahtera. Minggu ini adalah minggu ke 7 dan merupakan minggu pertama untuk membuat pembentangan. Dalam minggu ini, terdapat 2 kumpulan yang membentang iaitu tajuk keroncong dan tajuk kuda kepang.

Kumpulan pertama iaitu keroncong membuat pembentangan yang menarik dengan memberi contoh alat muzik yang sebenar seperti cuk, cak , double bass serta cara permainannya. Mereka juga menjelaskan perbezaan antara semua alat muzik ini. Kumpulan ini bernasib baik kerana memilih keroncong kerana mereka boleh membuat kerja lapangan di UPSI sahaja kerana Fakulti Muzik dan Seni Persembahan mempunyai sekumpulan pelajar yang mahir dalam keroncong malah popular dalam bidang ini. Mereka telah menunjukkan cara permainan dan contoh persembahan keroncong. Walaubagaimanapun, rakaman yang telah ditayangkan itu tidak jelas, terdapat gangguan daripada luar seperti bunyi percakapan orng lain serta tidak berapa jelas suara rakaman.

Kumpulan kedua iaitu kuda kepang. Saya amat berminat terhadap tajuk ini kerana seni muzik ini mempunyai keunikkannya dan banyak pantang larang yang per dipatuhi. Kumpulan ini telah berjaya mencari sasaran kerja lapangan yang sesuai iaitu seorang pemain kuda kepang yang berpengalaman iaitu ayah kepada salah seorang pembentang hari ini. Beliau menjelaskan cara permainan dan alat muzik yang terdapat dalam kuda kepang. Walaupun demikian, beliau tidak menjelaskan secara teliti setiap perbezaan alat tersebut dan kualiti rakaman juga tidak berapa bagus.

Secara keseluruhannya, kedua-dua kmpulan ini telah meletakkan satu garisan yang tinggi kepada pembentang seterusnya dan saya amat berminat untuk pembentangan seterusnya iaitu menora yang jarang didengari.

Syabas kepada semua pembentang minggu ke 7!!
Teruskan Membaca...
 

SMT2252 Liew Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template