Monday, August 23, 2010

Minggu 6: Jurnal Refleksi

Tibalah masa untuk membuat jurnal refleksi minggu ke 6 ini. Dalam minggu ini, topik yang telah dibincangkan ialah Mak Yung dan Kompang. Kedua-dua topik ini pernah didengar dan Kompang merupakan salah satu subjek yang wajib diambil oleh pelajar muzik. Maka, saya telah mempunyai pengetahuan asas mengenai kompang tetapi pengetahuan bagi mak yung pula adalah amat terhad. Seperti minggu-minggu sebelum ini, kita telah membincangkan kedua-dua tajuk ini dari segi sejarahnya, corak persembahan, alat muzik yang telah dimainkan seta melodi, bentuk, irama.

MAK YUNG
Sebelum kelas ini, saya hanya mengenali Mak Yung ini sejenis tarian seperti kuda kepang atau yang lain-lain dan saya langsung tidak tahu akan keistimewaan atau perbezaannya daripada muzik tarian lain. Mak Yung berasal daripad Patani ( Thailand ) dan tersebar ke merata tempat. Ia merupakan sejenis kesenian yang digabung daripada ritual, lakonan, tarian, vokal dan penceritaan. Ia merupakan sejenis drama-tari yang dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Terdapat pelbagai jenis Mak yung seperti Makyong Patani, Makyung Kelantan, Makyong Kedah, Makyong Kedah, Makyong Laut dan sebagainya.Ia juga merupakan tarian dan berkaitan dengan semangat padi, berterima kasih terhadap tuaian atau untuk tujuan merawat penyakit.
Mak Yung sebelum ini dimainkan dalam istana sahaja tetapi kian-kian ia telah menjadi hiburan juga kepada lapisan rakyat biasa. Cerita asalnya bertajuk Dewa Muda iaitu sejenis cerita rakyat dan Makyung mempunyai kira-kira 11 buah cerita dan 30 lagu repertoire.
Watak-watak yang terlibat termasuk Raja, Permaisuri, bangsawanistana, pelawak, para pamglima, Dewa Muda, Dewa Kecil dan sebagainya. Kebanyakkan watak-watak ini dipegang oleh wanita kerana pada zaman dahulu lagi Mak yung dimainkan di dalam istana semasa peperangan iaitu ketiadaan panglima-panglima di istana. Maka untuk mengelakkan pemaisuri dan puteri-puteri di istana tertarik kepada pelakon, maka semua pelakon adalh terdiri daripada wanita.Persembahan mak yung terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut turutan iaitu Mengadap Rebab, Kijang Mas dan Lagu Sindung. Manakala alat muziknya pula adalah rebab yang memainkan peranan penting,sepasang gong, sepasang geduk, serunai, gedombak, canang dan kesi.Tekstur mak yng adalah tekstur heterofoni.











KOMPANG

'Dufuf, daff, duff, tar, bendir', ini adalah gelaran atau nama-nama lain untuk kompang. Keseniaan ini berasal daripada Arab di Asia Barat. Persembahan kompang ini biasanya untuk meraikan perkahwinan, menyambut ketibaan pemimpin, menaikkan semangat pasukan bertanding atau pertandingan kompang.Kulit kompang biasanya dibuat daripada kulit kambing betina. Kompang dibawa masuk ke Tanah Melayu ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim atau melalui Jawa oleh pedagang Arab dan digunakan semasa perniagaan untuk menarik perhatian pembeli. Tradisi ini telah diteruskan oleh masyarakat tempatan sehingga kini.
Permainan kompang ini mempunyai adab-adab yang perlu diikuti seperti pemain perlu berpakaian sopan, kompang tidak boleh dilampung, dipijak dan sebagainya. Ini sebagai tanda hormat kepada permainan ini dan juga tidak merosakkan permukaan kulit kompang.
Kompang terdiri daripada belulang dan belulang baluh. Jenis-jenis permainan pula seperti Kompang Hadrah, Kompang Johor, Kompang Eizhar dan Kompang Kelalang.
Cara permainan kompang terbahagi kepada dua iaitu pak dan dung. Pak dihasilkan dengan pukulan pada bahagian tengah kompang dan dung pula adalah pukulan pada tepi permukaan kompang.Jenis pukulan pula adalah kumpulan melalu, kumpulan menyilang dan kumpulan meningkah. Biasanya permainan kompang akan dimulakan dan dihentikan oleh seorang ketua dengan pukulan yang khas.
Kompang tidak perlu 'tuning', ia hanya perlu diletakkan di bawah matahari atau lampu untuk menegangkan kulit permukaannya atau penggunaan sejenis rotan iaitu sedak dengan menolaknya di sekeliling bahagian dalam, antara baluh dan beleluang kompang.

2 comments:

SMP2252 SING YING on August 23, 2010 at 8:52 AM said...

Ding Dong~~~~~~~~~~~``

SMP2252 Liew on August 24, 2010 at 7:54 AM said...

Yo... so early wake up o... 38 dao...

Post a Comment

 

SMT2252 Liew Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template