Dalam minggu ke 5 ini, tajuk yang dibincangkan ialah gamelan dan caklempong. Kedua-dua item ini telah saya pelajari semasa sem 2 dan sem 3. Tetepi dalam minggu ini pula, pengetahuan yang lebih luas dan mendalam lagi telah diberi oleh En Amran. Antaranya termasuk sejarah dan jenis-jenis gamelan, alat muzik gamelan serta sistem tonal, melodi, bentuk , tekstur untuk muzik gamelan. Bagi caklempong pula sama seperti gamelan iaitu sejarah, alat muzik dan sistem tonal, melodi, bentuk dan iramanya.
Gamelan:
Gamelan berasal daripada bahasa Jawa yang membawa maksud dipukul, dipalu seperti alat-alat muzik yang digunakan. Alat-alat muzik ini dibuat daripada besi dan buluh. Gamelan boleh dimain secara ensambel atau bersendirian. Selain daripada kompang, gamelan dan caklempong juga tergolong sebagai muzik tradisional yang popular dan masih giat dimainkan oleh pemuda-pemudi kini. Gamelan dikatakan berasal daripada Indonesia tetapi sama seperti muzik-muzik lain, ia dipengaruhi oleh negara-negara jirannya dari segi pembuatan alat muzik, cara permainannya dan sebagainya.
Gamelan terbahagi kepada dua jenis yang umum iaitu gamelan melayu dan gamelan jawa. Gamelan ini diperkenalkan kepada Pahang dan seterusnya kepada Terengganu dengan ikatan perkahwinan puteri negari Pahang, Tengku Ampuan Mariam dengan Sultan negeri Terenggan sekaligus membawa muzik gamelan ke Terengganu. Alat muziknya termasuk gendang, bonang, saron pekin, saron barung, gambang, kenong dan gong. Semuanya kategori idiofon kecuali gendang yang kategori membranofon.
Gamelan Jawa pula sejenis muzik bentuk tarian utama yang berasal dari Pulau Jawa Tengah. Ia dibawa oleh masyarakat Jawa ketika penjajahan orang-orang Eropah. Gamelan Jawa diiringi oleh tarian seperti Tarian Kifrah, Kupu-Kupu dan lain-lain. Alat muziknya lebih banyak dan kompleks seperti alat muzik gamelan melayu ditambah lagi dengan demung dan kempol. Terdapat perbezaannya dari cara permainan alat-alat muziknya.
Notasi Gamelan berbentuk nombor dan hanya digunakan zaman sekarang. Zaman dulu adalh melalui pendengaran dan pengajaran tidak formal. Sistem nombor ini dinamakan sistem kepatihan. Muzik gamelan kebanyakkannya berbentuj berulang atau polifoni dan ia memerlkan kerjasama dan hubungan yang baik antara setiap alat dan pemain. Muzik gamelan terdiri daripada skel pentatonik
Caklempong
Muzik tradisional ini berasal daripada minangkabau, negeri sembilan. Ia biasanya mengiringi nyanyian, tarian lilin dan sebagainya. Alat muziknya termasuk bonang, gereteh, sauwa, bangsi, gendang, tingkah dan serunai. Muzik caklempong lebih laju berbanding dengan muzik gamelan. Muziknya terdari daripada not C bawah hingga C atas ditambah dengan B flat dan E flat. Kebanyakkan masanya Gereteh memainkan melodinya dan sauwa dan tingkah memainkan rythm harmoninya.
13 years ago
0 comments:
Post a Comment