Saturday, July 24, 2010

Minggu 2 : Jurnal Refleksi


Selamat Sejahtera.

Pada minggu ke 2, 21 Julai 2010. Saya telah mempelajari apa maksud 'soundscape', budaya muzik, sejarah, kategori alat muzik dan konsep/ struktur. Semasa sesi pembelajaran, pensyarah meminta kita untuk mendengar dengan teliti sebuah video yang telah ditayangkan dan menjawab soalan yang disediakan. Ini menyedarkan saya bahawa terdapat banyak bunyi yang wujud dan kita tidak sedar akan kewujudannya. Selain itu, saya juga sedar melalui bunyi, kita dapat menkategorikan jenis-jenis bunyi samada bunyi serangga atau bunyi burung dan ini juga melatih ketumpuan kita dalam pendengaran. Selepas itu, pensyarah menanya adakah muzik itu universal? Muzik itu akan menjadi universal apabila manusia mempunyai pengetahuan untuk memahami dan mentafsirnya. Muzik ini juga berbeza mengikut budaya tempat masing-masing.
Di samping itu, saya juga mendapati bahawa budaya muzik ini berkaitan dengan sistem kepercayaan, nilai estetika dalam muzik, serta sejarahnya. Contohnya, muzik yang dimainkan dalam kuil india melambangkan sesuatu kepercayaan. Sejarahnya pula dari tempat-tempat Asia seperti Malaysia, Filipina dan lain-lain dan ini dipengaruhi oleh pengerakan manusia.
Dari segi kategori alat muzik pula, terdapat 4 jenis kategori besar iaitu kordofon, membranofon, erofon dan idiofon yang mempunyai definisi mereka sendiri. Pensyarah juga berkata idiofon berasal dari perkataan barat ' idiot'. Saya juga mendapati bahawa selain daripada jenis alat muzik yang disenaraikan itu, juga terdapat sejenis alat muzik dipanggil erofon bebas.



Kordofon - Membranofon - Idiofon



Erofon Bebas - Erofon


Konsep muzik terdapat 6 kategoi iaitu melodi, ritma, harmoni, bentuk, notasi dan ekspresi. Pensyarah untuk memudahkan pemahaman kita, beliau menyuruh kit untuk menyanyi lagu dan menempuk tangan mengikut ritma lagu tesebut.
Sebelum mengikuti kursus ini, saya jarang mendapat peluang untuk memahami dengan teliti corak muzik tradisional malaysia. Oleh kerana saya berbangsa Cina, saya tidak memahami muzik melayu dan jenis-jenis yang terdapat. Hanya kerana saya memasuki program muzik UPSI, saya dapat mengenali kompang, gamelan dan keroncong tetapi masih tidak cukup kukuh pengetahuan saya dalam bidang ini.
Melalui kursus ini, saya berharap saya dapat lebih memahami corak dan jenis yang terdapat dalam muzik tradisional malaysia dan dapat menilai setiap keistimewaannya. Seperti contoh, dari kelas 2, saya mendapati terdapat jenis Zapin, kuda kepang dan lain-lain. Saya amat berminat untuk mengetahui lebih teliti tentang muzik-muzik jenis ini.

0 comments:

Post a Comment

 

SMT2252 Liew Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template