Monday, August 2, 2010

Minggu 3 : Jurnal Refleksi

Dalam pembelajaran minggu ke 3 ini, kita telah mempelajari 3 objektif yang utama iaitu
i) kaedah klasifikasi muzik tradisional malaysia
ii)kategori muzik tradisional malaysia
iii)ciri-ciri muzik tradisional malaysia

Terdapat 2 konsep utama muzik iaitu Adaptational dan Idiosyncratic.
i) Adaptational- beroganik iaitu benda yang hidup. Ia bertindak balas mengikut keadaan ekologi dan dipengaruhi oleh budaya-budaya setempat untuk menyesuaikan diri kepada persekitaran supaya senang diterima oleh masyarakat setempat. Contohnya, di Malaysia, Ghazal di bahagian utara adalah berbeza dengan Ghazal di bahagian selatan. Ia telah dimasukkan unsur-unsur tempatan.
ii) Idiosyncratic- tidak berubah dari konsep asalnya. Konsep istimewa seni asal masih dikekalkan. Contohnya, muzik gambus di Malaysia adalah masih mempunyai unsur-unsur Arab iaitu negara asalnya.

Manakala dari segi klasifikasi alat muzik pula, terbahagi kepada tiga golongan besar iaitu cina, india dan barat. Alat muzik cina terdapat 8 kumpulan asas, India terdapat 4 kumpulan dan barat pula terbahagi kepada 4 kumpulan seperti yang telah diajar dalam minggu pertama.

Ciri-ciri utama dalam muzik tradisional malaysia terbahagi kepada dua iaitu tradisi besar ( budaya istana ) dan tradisi kecil ( budaya rakyat ). Antara gabungan kedua-dua ciri ini akan muncul pula muzik sinkretik. Muzik tradisional malaysia terdapat 5 kategori utama iaitu muzik rakyat, muzik klasik, muzik sinkretik dan muzik kotemporari.

Ciri-ciri muzik tradisional malaysia terbahgi kepada 6 iaitu bentuk seni lakon utama, bentuk tarian utama, ensembel genderang, vokal dan instrumental solo, ensembel sosial popular dan ensembel lain.

A) Muzik bentuk seni lakon utama
-muzik jenis ini bersifat teater. Ia berupakan gabungan tarian, muzik dan nyanyian. Walaupun ia tiada dialog tetapi ia masih boleh menyampaikan cerita suka duka kepada penonton. Contohnya Mak Yong, Wayang Kulit, Mekmulung dan Opera Cina.



B) Muzik Ensembel Genderang
-muzik ini biasanya meniringi aktiviti kerja, upacara atau seni mempertahankan diri. Ia boleh dilakukan bersendirian atau dengan iringan muzik. Contohnya kompang, hadrah dan caklempong.


C)Muzik vokal dan instrumental solo.
-melibatkan seluruh aspek masyarakat. Merupakan daya kreatif dan kemahiran gaya hidup masyarakat. Contohnya, zikir, harmonika dan timang.


D) Muzik ensembel sosial popular
-sejenis hiburan yang menghasikaln muzik sinkretik. Gabungan muzik tempatan dan muzik unsur lain Contoh, Dondang sayang, keroncong, dikir barat.

E) Muzik bentuk lain
- terdapat banyak lagi bentuk muzik yang belum dikaji dan diselidik dengan teliti. seperti yang telah dikaji sebelum ini, muzik ini bersifat universal dan terlalu luas untuk dibelajari.

Sebagai pelajar bangsa cina, saya amat berminat untuk mengetahui muzik-muzik bentuk lain yang unik terutamanya muzik di sebelah Borneo.

1 comments:

SMP2252 Holoahshin on August 3, 2010 at 6:28 AM said...

okok ... i will post it...hehehe..~~

Post a Comment

 

SMT2252 Liew Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template