Saturday, August 7, 2010

Minggu 4 : Jurnal Refleksi

Dalam minggu ke 4 ini, tajuk yang dibincangkan ialah wayang kulit. Tajuk ini lebih menarik berbanding minggu sebelum ini kerana tajuk yang dibincang adalah tajuk yang popular dan dikenali oleh kalangan ramai iaitu wayang kulit. Wayang kulit merupakan salah satu jenis muzik tradision yang saya ketahui sebelum ini. Sebelum pembelajaran minggu ke 4 ini, saya hanya ketahui secara umum cara wayang kulit dimainkan tetapi tidak ketahui bahawa terdapat banyak lagi pengetahuan yang saya tidak tahu seperti terdapat beberapa jenis wayang kulit. Sebelum ini, saya berminat terhadap tajuk ini kerana saya pernah menonton persembahan wayang kulit yang dimainkan oleh bangsa cina. Selepas kelas ini, saya berpendapat wayang kulit mempunyai pengetahuan yang luas.

Pada permulaan kelas, pensyarah telah memberi beberapa contoh video ' shadow land' yang mendapat inspirasi daripada wayang kulit. Mereka mengunakan bayang untuk mempersembahkan beberapa gambar dan cerita.
Kita telah mempelajari jenis-jenis wayang kulit, alat-alat muzik yang digunakan dan perbezaan antara jenis-jenis wayang kulit. Sebelum itu, kita telah menkaji sejarah wayang kulit. Wayang kulit dikatakan berasal daripada Indonesia tetapi sebenarnya ia berasal daripada India. Selain itu, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa wayang kulit berasal daripada China.

Jenis-jenis wayang kulit adalah wayang gedek, wayang kulit melayu, wayang kulit jawa dan wayang kulit kelatan. Semua wayang kulit ini boleh dibezakan dari segi muzik, patung, cerita dan bahasa yang digunakan. Wayang kulit Jawa dipersembahkan oleh orang Jawa di Selangor dan Johor. Muzik yang digunakan adalah muzik gamelan Jawa yang merupakan salah satu keistimewaan berbanding wayang kulit lain. Selain itu, patung yang digunakan menyerupai patung wyang kulit Kelantan tetapi bentuk mata patung adalah berbeza. ( cth: mata besar- watak jahat/garang ). Bahasa yang digunakan adalah bahasa Jawa. Alat muzik yang digunakan tanpa kordofon dan aerofon.



Bagi wayang gedek pula, patung yang digunakan bermuka posisi depan. Ia banyak dipengaruhi oleh Siam. Bahasa yang digunakan pula adalah bahasa Thai campur dengan bahasa melayu kedah. Wayang gedek kebanyakan bercerita tentang isu dan cerita yang popular pada masa kini. Wayang ini mengunakan kordofon seperti saw oo dan saw duang serta aerofon dinamakan pi berbanding dengan wayang kulit jawa yang tidak menggunakan kedua-dua klasifikasi alat ini.








Wayang kulit melayu dipengaruhi oleh wayang purwa di Indonesia. Menceritakan tentang epik Mahabharata. Wayang ini dalam bahasa jawa dengan bahasa dialek melayu tempatan. Patung-patung yang digunakan bergerak kedua-dua belah tangannya. Patung menunjuk sifatnya dengan posisi kepalanya iaitu bertunduk untuk watak baik dan mendongak untuk watak sombong. Alat muzik yang digunakan tiada alat muzik keluarga aerofon.



Wayang kulit kelatan ialah wayang kulit yang paling popular di kalangan masyarakat kerana ia menceritakan teater rakyat. Patung yang digunakan hanya bergerak sebelah tangan sambil berpegang alat senjata di sebelah tangannya. Bahasa yang digunakan ialah dialek bahasa melayu kelantan. Alat muzik yang digunakan tiada alat muzik keluarga kordofon.

0 comments:

Post a Comment

 

SMT2252 Liew Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template